Sejarah pembangunan McDonnell Douglas DC-9

Douglas melancarkan pembangunan DC-9 pada April 1963 untuk menjadi sebuah pesawat jarak dekat bagi mengisi kekurangan DC-8. Tidak seperti Boeing 727, DC-9 dibina dengan rekaan yang baru, dengan 2 enjin diletakkan dibelakang fiuslaj, rekaan sayap yang lebih efisien dan ekor berbentuk T. Lebar keratan rentas fiuslajnya dapat memuatkan 5 tempat duduk penumpang.

Prototaip DC-9 memulakan penerbangannya pada 1965 dengan operatornya yang pertama iaitu Delta Air Lines. Dengan pantasnya, DC-9 menjadi sebuah sukses bagi Douglas dan sebanyak 976 unit berjaya dijual. Selepas percantumannya dengan McDonnell (pada tahun 1967), model ini diubahsuai menjadi sebuah model baru dinamakan MD-80 atau DC-9-80 dengan maksimum berat untuk lepas naik ditingkatkan dan bisa membawa lebih banyak bahan bakar. MD-80 kemudian diubah lagi dan menjadi sebahagian famili MD-90. Variasi terakhir famili ini ialah MD-95 juga dinamakan 717-200 selepas pengambil alihan McDonnell Douglas Company oleh Boeing pada tahun 1997.

DC-9 merupakan satu-satunya pesawat penumpang yang dapat bertahan lama dalam pasaran dengan syarikat Northwest Airlines menjadi pengguna terbesarnya sehingga sekarang. Reputasinya yang bagus merupakan punca ia begitu laris dijual sepanjang 1990. Jumlah jualannya adalah sebanyak 2400 unit dan ia mendapat tempat ketiga sebagai salah sebuah pesawat penumpang yang terbaik, dibelakang Boeing 737 dan Airbus A320.